Najibah Bakar's Reviews > Bagaimana Membaca Buku

Bagaimana Membaca Buku by Mortimer J. Adler
Rate this book
Clear rating

by
1169882
's review

really liked it
bookshelves: books-on-books, read-2010, non-fiction, read-but-not-own, library-srilanang, translated-work

Buku ini secara keseluruhannya cuba mengajar kita menjadi pembaca yang lebih aktif, supaya berhasil mendapatkan lebih manfaat dari bahan bacaan. Manakala tujuan tertinggi dan terakhir dari kegiatan membaca adalah untuk meninggikan akal budi.

Kemas kini 1/4/2015 (bukan sempena GST): Borang untuk membina teknik membaca superfisial saya kongsikan di sini (https://docs.google.com/document/d/19...). Saya membina borang ini untuk kegunaan peribadi baru-baru ini, kerana apabila bermula ketika agak berusia, agak sukar membentuk tabiat baru dalam membaca. Bagi yang ada sebarang komentar untuk menambah baik mohon hubungi. Diizinkan sebar link ini jika dirasakan bermanfaat, tanpa perlu mohon izin secara peribadi.

Manfaat Membaca: Pengetahuan & Kefahaman

Ada dua manfaat utama daripada membaca, pertama menambah pengetahuan dan kedua menambah pemahaman. Pengetahuan hanya melibatkan fakta, manakala pemahaman melibatkan keupayaan mendalami makna di sebalik fakta serta mengaitkannya dengan fakta-fakta lain yang kita telah ketahui.

Ada waktunya, menurut pengarang, fakta yang terlalu banyak juga menghalang pemahaman. Jadi yang lebih penting dalam hal membaca adalah pemahaman, bukan fakta semata-mata. Sebagai satu perbandingan, buku yang menuntut pemahaman adalah buku yang lebih tinggi 'akal budinya' daripada pembaca, menuntut pembaca berfikir lebih sedikit untuk mengintegrasikan ilmu baru itu ke dalam ruang fikirnya.

Bergantung kepada manfaat yang cuba kita raih, terdapat 4 peringkat kemahiran membaca, iaitu membaca secara asas, penelitian, analitis dan sintopik. Keempat-empat ini boleh diamalkan satu persatu atau seiring, bergantung kepada jenis bahan bacaan serta kemampuan individu. Peringkat keempat atau sintopik sepatutnya sudah boleh dicapai ketika berusia 13 dan 14 tahun.

Pembacaan Penelitian

Pada peringkat penelitian, kita harus membiasakan diri dengan beberapa perkara sebelum memutuskan untuk membaca sesebuah buku:

1. Halaman judul buku dan prakatanya
2. Isi kandungan buku; supaya tahu gagasan pengarang secara umum
3. Indeks buku; teliti beberapa indeks yang dirasakan penting
4. Sinopsis penerbit; bagi mendapat idea utama yang dibicarakan buku
5. Bab-bab terpenting; diputuskan berdasarkan 4 langkah di atas
6. Beberapa ayat / halaman, jangan lebih

Sekalipun setelah melakukan 6 langkah di atas, kita memutuskan untuk tidak meneruskan pembacaan secara keseluruhan, kita tidak mungkin lagi terlupa mengenai buku yang telah kita mesrai sebelum ini.

Dan jika kita akhirnya memilih untuk membacanya, jangan kecewa jika kali pertama cuba menghadam, kita tidak memahami banyak perkara. Tetap teruskan membaca tanpa banyak berlengah mencari makna yang lebih dalam, kerana itu boleh kita lakukan pada pembacaan yang kedua. Yang lebih penting adalah untuk menyambar idea utama sahaja.

Kita juga tidak perlu terlalu tertekan untuk mencatat rekod kecepatan membaca. Ini kerana hakikat sebenar sesebuah buku memang ada bahagian yang sukar dan ada pula yang mudah. Jadi kelajuan membaca haruslah berkadaran dengan kesukaran dan kemudahan memahami di sepanjang menelaah sesebuah buku. Namun antara tabiat yang perlu dielakkan adalah anak mata melompat kembali kepada frasa yang baru selesai dibaca. Ini boleh dielakkan dengan menggunakan teknik bantuan jari sehingga tabiat baru terbentuk.

Pembaca Yang Baik

Ada 4 soalan penting yang perlu diajukan oleh pembaca kepada buku yang sedang dibaca:

1. Apakah yang diperkatakan oleh buku itu secara keseluruhannya?
2. Apakah yang dinyatakan oleh pengarang, dan bagaimana pengarang menyatakannya?
3. Adakah buku itu benar, baik secara keseluruhan, atau bahagian-bahagiannya?
4. Apakah buku itu penting? (petikan asal dari buku: Jika buku itu telah menyampaikan makluman [fakta:], perlulah anda menyoal erti makluman itu. Mengapakah pengarang berpendapat bahawa sesuatu perkara itu penting diketahui? Apakah penting bagi anda mengetahuinya? Jika buku itu sekadar memberi makluman kepada anda tetapi turut pula mempertingkat pemahaman anda, maka perlulah diperolehi pemahaman selanjutnya dengan menanyakan apakah lagi yang dapat dipelajari, apakah lagi yang disarankan oleh pembacaan anda yang terbaharu itu?)

2 soalan pertama adalah penting untuk mengambil manfaat penuh dari pembacaan penelitian, manakala 2 soalan terakhir penting untuk pembacaan analitis.

Malah pengarang mengatakan pembaca yang mengantuk sebenarnya tidak mengamalkan 4 soalan ini ketika membaca (=membaca secara tidak aktif).

Tabiat membaca

Tabiat hanya terbentuk apabila kita selalu menggunakan kemahiran yang kita tahu. Bukti suatu tabiat sudah terbentuk dalam diri ialah apabila kita dapat melakukan sesuatu yang sebelum ini berasa sukar dengan lebih mudah. Untuk membentuk tabiat membaca yang berkesan seperti disarankan buku ini, perlulah rajin melatih kemahiran membaca.

Pembacaan Analitis

A. Memahami Struktur Buku

1. Mengelas buku

Anda hendaklah mengenali buku jenis apa yang anda baca, dan hal ini perlulah anda maklumi secepat mungkin, sebaik-baiknya sebelum mula membaca.

Ada dua jenis buku menurut pengarang; buku teori dan buku amali. Buku teori biasanya buku sejarah, sains dan falsafah. Adalah penting mengenali perbezaan antara jenis buku-buku, kerana setiap jenis ada cara membaca yang berbeza.

2. Menyerlahkan kesepaduan sebuah buku

Nyatakan kesepaduan keseluruhan buku itu dalam satu ayat, atau paling banyak tidak lebih daripada beberapa ayat.

3. Seni mengikhtisar Buku

Senaraikan bahagian-bahagian utama buku itu, dan perlihatkan bagaimana bahagian-bahagian itu diadun menjadi satu kesepaduan dengan cara menghubungkan di antara satu sama lainnya, dan setelah itu dengan keseluruhannya.

4. Menemukan tujuan pengarang

Nyatakan masalah atau masalah-masalah yang cuba diselesaikan oleh si pengarang

Kaedah keempat ini memerlukan pembaca bertanyakan soalan-soalan teoritis dan amali sepanjang membaca, untuk mengetahui tujuan sebenar pengarang menghasilkan buku - yang pasti ada persoalan yang hendak dia sampaikan.

B. Memahami Istilah-Istilah Pengarang

5. Mencari kata-kata yang penting & Mencari makna

Carilah kata-kata yang penting dalam sesebuah buku, dan pastikan pengertian pengarangnya akan kata-kata itu

Anda dapat menemukan makna sesuatu kata yang tidak anda fahami berdasarkan makna semua kata lain yang anda fahami, yang terdapat di sekitarnya

C. Memastikan Mesej Pengarang

6. Mencari Ayat-Ayat Terpenting

Tandakan ayat-ayat yang paling penting dalam sesebuah buku, dan pastikan pernyataan-pernyataan pandangan yang terkandung di dalamnya

Bagi kaedah mencari pernyataan pandangan, pengarang memberi penerangan panjang lebar yang berkesan untuk diamalkan.

7. Mencari Hujah-Hujah

Carilah hujah-hujah asas dalam buku itu dengan mencari ayat-ayat yang mengandungi pernyataan-pernyataan pandangan, dan hubungkanlah ayat-ayat sehingga menjadi hujah-hujah.
33 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Bagaimana Membaca Buku.
Sign In »

Reading Progress

February 1, 2009 – Shelved
March 21, 2010 – Started Reading
March 21, 2010 –
page 25
16.78%
March 22, 2010 – Shelved as: books-on-books
March 22, 2010 –
page 52
34.9%
March 23, 2010 –
page 70
46.98%
March 25, 2010 –
page 81
54.36%
April 4, 2010 – Shelved as: read-2010
April 4, 2010 – Shelved as: non-fiction
April 4, 2010 – Shelved as: read-but-not-own
April 4, 2010 – Finished Reading
May 28, 2010 – Shelved as: library-srilanang
February 27, 2013 – Shelved as: library-no9ai (Other Paperback Edition)
February 27, 2013 – Shelved (Other Paperback Edition)
February 27, 2013 – Shelved as: books-on-books (Other Paperback Edition)
September 16, 2015 – Shelved as: translated-work
August 18, 2019 – Shelved as: to-read (Other Paperback Edition)

Comments Showing 1-5 of 5 (5 new)

dateUp arrow    newest »

Jiwa Rasa Ini buku wajib untuk peminat buku!


Najibah Bakar Tuan Jiwa,

Saya rasa sangat rugi terlambat tahu kewujudan buku ini (baru beberapa tahun lepas). Sangat bagus kalau teknik membaca buku dalam buku ini diajar juga di sekolah-sekolah kita @ di perpustakaan.


Nik Mohamed  Kamarudin Terima kasih kasih Puan Najibah atas perkongsian substance buku tersebut. Bermanfaat utk saya. (y)


Ahmad Hazazi Ya, ini buku wajib baca! Saya jumpa buku ini di perpustakaan UPM semasa mencari versi Inggerisnya. Saya mohon utk salin ulasan ringkas ini ya Puan.


Najibah Bakar Boleh, silakan Ahmad. Semoga bermanfaat


back to top